Updates.
[NEW] voice of heart . No copycat please*haram*

Perjalanan

Pandangan sekeliling dipandang dengan gelisah . Orang bertelekung , berniqab , berjubah lalu lalang di depan aku yang masih berdiri kaku ibarat tiang yang akan rapuh tidak lama lagi . Apa sebenarnya aku buat ni ? Percubaan berani mati apa yang kau buat sekarang ni Fath ?

" Terpegun ya ? "  Lamunan terhenti . Ustaz Darus yang memimpin rombongan kami menyapa . Orang Indonesia . Walaupun dia fasih berbahasa melayu namun logat Indonesia masih ada . Aku hanya tersenyum sumbing . 

Aku bukan terpegun melihat Masjid Haram . Tapi aku terpegun membayangkan apa yang terjadi kat aku bila masuk masjid yang semua orang kagum . Dan aku tak tahu apa perspektif orang bila aku masuk masjid . Fath seorang remaja yang hanya pernah melihat masjid dari luar masuk masjid. Fath anak muda yang jejak masjid satu tahun sekali pun payah.Dunia mana aku berdiri sekarang ni ? 

Perlahan langkah memasuki shopping complex. Shopping complex ? hadoih. Mati hang Fath. Pandangan ditebarkan ke sekeliling pusat membeli belah. Eh Pusat membeli belah ? Aku kena tidur kat pusat membeli belah ke ? Not bad uhh. Dapat aku merasa jadi mangsa jet lag. Aku menggaru kepala.  Otak belum mampu proses apa yang sedang berlaku. Langkahku cepat diatur mengikuti Ustaz Darus menaiki tangga berjalan . 

" Auchh "

Bahuku dilanggar seseorang.

Aku menggosok bahuku perlahan . Dalam hati mahu sahaja dimaki hamun orang tersebut . Pantas sahaja aku meninggalkan nya .  

" Ya haj ! " " Ya haj "

langkah terbehenti . lelaki berbadan tegap tadi mengejarku . Haiss . Betul-betul terasa macam masuk rancangan jet lag. Cuak dah ni . Pernah terjadi tak mangsa jet lag kena hentam sampai mati sebab terlanggar bahu ?

 Lelaki itu termengah-mengah berlari menaiki tangga berjalan. Dia menarik nafas panjang . Ambil oxygen kod  

" Ana aasif  "

ha ?Aku tak paham bahasa Arab. Yang aku tahu ' ana ' maksudnya saya. Aasif ? Siapa Aasif ? Basmalah tu pun aku tak tahu makna nya. Hais.

" La' . Ana Fath "

Mahu terguling aku dibuatnya. Pertama kali aku cakap arab. fuh . Lelaki itu menundukan kepala nya. Tanganya menepuk belakang bahuku. Pantas sahaja dia menarik aku kedalam pelukan yang agak erat.

Drama apa ni ? Kening aku berkerut . 

" Assalamualaikum " Ustaz Darus menyapa lelaki tersebut. Pelukan dilepaskan. Fuh . Udara-udara ! Mata lelaki itu kemerah-merahan . Dia menangis ke ? Makin celaru otak aku dibuatnya . 

" Intazir lahzah " 

ha ? 

" Maksud saya tunggu sebentar "

Ustaz Darus seakan faham .

Badan disandarkan pada dinding. Mata tidak berhenti memerhati Ustaz Darus dan lelaki 'pelik' itu.  Mereka berbual rancak sekali. Berkali-kali lelaki itu memeluk Ustaz Darus .  Pipi ustaz Darus dicium sebelum  meninggalkan kami berdua . Patut ke aku kata diaorang ada masalah hormon . Lelaki suka lelaki mabye


We fear poverty and desire collecting this life is ruins as if we are going to have an eternal life in it . We fear poverty , but not reckoning in the hereafter. We fear hunger , but not Allah's reproach and torment 

---------------------------------- 

Aku menghempaskan bag disebelah katil. Ada dua katil. Aku ambil katil berdekatan dengan tingkap. Aku memang suka tingkap. Pemandangan. Langsir bilik diselak luas. Pantas aku melaburkan badan ke atas katil. Masjid Haram aku pandang dengan harapan menggunung. Nasib aku dapat bilik bertentangan dengan Masjid Haram. hmph

" erti hidup " aku mendengus perlahan 

Aku datang sini semata-mata nak cari erti hidup. Aku nak cari kehidupan sebenar. Adam kata kat sini ada kehidupan sebenar . Kekayaan , duit , masalah semua boleh di lupakan . Tak rasa macam hebat ke ? Itu sebab aku datang sini . Entah . Aku pun tak tahu apa yang aku fikir sekarang . 

" Assalamualaikum " seorang lelaki berpakaian ihram menyapa . Dia meletakan begnya disebelah beg aku . 

" Kau nak tawaf sendiri ke ikut jemaah lain ? Btw nama aku Shah . Kau ? "  Shah tersenyum mempamerkan gigi sebaris  . 

" Fadhi . Panggil Fath . Aku ikut kau lah .Aku tak pandai tawaf , sa'i semua tu " 

" Kau tak takut aku ajar ajaran sesat kat kau ? haha . InsyaAllah , nanti aku ajar kau " 

When we are dead and have become dust (Shall we brought back ) ? That would be a far return - (50:3)

--------------------------------


Sakit sendi badan kaki semua . Aku mengurut tapak kaki yang terasa bisa akibat tawaf dengan sa'i tadi . Belakang badanku disandar ke dinding Masjid Haram mengadap ke arah kaabah . Berpusu-pusu orang tawaf mengelilingi Kaabah .

Dekat Malaysia , Adam ajar aku cara niat ihram , solat ihram , niat musafir , doa musafir . Macam-macam lagilah . Semua benda yang aku tak pernah buat . Tapi sejak bila Adam tahu buat semua tu ? 

" Air " Shah menguhulur secawan air .

" Air apa ni ? " lama aku tenung air putih tersebut .

" Air jampi " Shah tergelak kecil . " Air Zam-zam . Salah satu air dari syurga . Minum lah . Fresh from heaven " Shah tersenyum sumbing . Pandangan nya melekat pada Kaabah .

" Bro , kau datang sini sebab apa ? " lebih baik aku mintak pandangan orang lain untuk membantu otak aku .

" Hmph ? "

" Aku nak habiskan sisa-sisa hidup aku kat sini . Kau ? " aku ? hmm .

" Nak cari erti hidup kod . Entah . Kau tahu macam mana nak cari erti hidup ? " Shah menganguk .

" Erti hidup ni bersamaan apa yang kita dapat dalam hidup kita . Perkara baik atau buruk . Kehidupan kat dunia ni ibarat musafir . Persinggahan . Semua orang tahu perkara itu . Jika kita seorang musafir bersinggah di satu tempat , apa yang kita dapat semasa persinggahan kita ? Benda baik untuk teruskan pengembaraan atau sebaliknya . Sama macam hidup kita , dunia ni tempat persinggahan kita . Untuk kumpul semua amalan untuk perjalanan seterusnya iaitu mati . Mati juga tempat persinggahan kita untuk sucikan kita dari dosa kecil dengan penyiksaan . Kemudian kita akan dibangkitkan . Dihisab . Dan dibahagikan kepada dua tempat . Syurga atau neraka  " Shah menghela nafas . Seolah-olah memikirkan sesuatu berat .

Aku juga begitu . Itu ke maksud Adam , Mekah penuh dengan erti hidup . Semua orang kejar mengejar untuk melakukan amalan . Tumpuan manusia kat sini semua pada pencipta. Bukan pada kerjaya. Bukan pada harta. Aku faham sekarang . Kaabah aku pandang dengan penuh erti . Jemaah yang mengelilingi Kaabah semakin berkurang selepas azan berkumandang . Andai aku mati sekarang , cukup ke amalan aku untuk akhirat . Solat setahun sekali pun payah . Clubbing  . Apa lagi nak membuktikan aku ni tersasar dari jalan sebenar .

Tapi aku terfikir . Apa guna kau solat tapi kau masih buat dosa-dosa lain . Nonsense kan ? Jadi lebih baik kau tak payah solat biar dosa sama taraf . Tak ke ? Habis tu tak akan sampai mati kena berdiri atas dunia ni dengan dosa-dosa yang banyak tu . Makin banyak dosa makin beban . Makin berat nak dipikul . Kalau dosa ditukar menjadi jisim . Mungkin aku mati dihempap dosa-dosa sendiri kod.

" Shah" Shah yang tengah membaca Al-quran memandang ku .

" Ajar aku Solat Sunat Taubat "


Dia adalah Tuhan yang memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda keesaan-Nya dan kekuasaan-Nya untuk kehidupan rohani dan jasmani  kamu . Dan tidak ada yang ingat serta mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang sentiasa bersegera kembali kepada Allah (40:13)


--------------------------------------

Bantal dipeluk erat . Aduh . Cramp kaki aku dengar imam baca surah panjang berjelar nak mampus Subuh tadi . Tapi aku kagum sebab dia ada feel sampai menangis . Aku pun menangis tau . Menangis sebab kaki dah sakit tahap 360 darjah . Menguap sampai keluar air mata sebab semalam tidur 2 jam . sob sob .

Lepas Subuh , aku pergi beli Ice-cream dekat gerai . Pagi-pagi buta makan benda sejuk. Tiba-tiba aku nampak budak kecil menangis . Dengan rela hati aku pujuk budak tu . Memandang kan dia tak paham bahasa Inggeris apatah lagi melayu. Jadi aku bagi dia Ice-cream aku . Meleleh jugak air liur dibuatnya . Lepastu aku bawak budak tu duduk tepi jalan sampai bapak dia jumpa . haha . Bernas tak idea aku ?

Lepas budak tu dah diserah kepada bapa sebenar dia . Aku pun balik hotel dengan harapan ada makanan . Tapi apakan daya KFC versi Arab  juga destinasi seterusnya . Merata makanan halal kat sini. Sebut saja nak makan apa. Tapi kalau mintak roti canai kuah kari , tak dapat eden nak tolong. Tepat pukul 8 aku pergi melawat ladang unta . Tapi bas datang pukul 9 . Aku chill jerlah . Sebab aku datang kul 8:30 am . haha .

Dekat ladang unta , aku punyalah terharu bila unta nak bermanja-manja dengan aku . phftt . Aku nampak unta senyum . Ya Allah , indahnya ciptaan mu . Kalau lah aku bukan anak jantan , dah lama aku meraung depan unta tu .

Sepanjang perjalanan tadi , Shah ajar aku tentang semua solat sunat yang Nabi gemar lakukan . Ustaz Darus , dengan gembira nya menjawab semua soalan aku . Dia kata aku ni masih keliru dengan Islam . Memang betul baru pertama kali aku mendalami islam dengan betul .

Malam tadi , Ustaz Darus tidur bilik aku. Kebetulan dia tak ada bilik. Sebelum tidur dia cerita pasal Khutbah terakhir Rasulullah . Aku rasa deep gila meaning khubat terakhir. Rasa macam beban yang sebiji kena hempap dekat kepala sendiri. Sebagai seorang umah, sepatutnya kita kena teruskan perjuangan rasulullah tetapi things change huh ?

" Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada yang terus mendengar dariku " 

Sahdu sangat. Sekeras-keras hati aku , tumpah juga air mata jantan itu. Nasib baik Ustaz Darus tak perasan sebab dah tutup lampu.

" Asslamualaikum Fadhi ! Kau nak pergi masjid ke tak ni ? Dok berangan pulak "Lamunan terhenti. bingkas aku bangun dari katil . Terkocoh-kocoh pergi ambil wudhu' . Padahal masuk waktu lagi 2 jam . Bab kata Shah buat apa datang jauh-jauh  duk tidur . Kata nak cari erti hidup .


" ..... sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala tanpa batas (Az-Zumar:10 ) " 


--------------------------------

Selesai solat Asar , aku buat solat taubat dekat Hijir Isma'il . Berpusu-pusu jugak lah . Tapi Shah kata , nak dapatkan Allah kena lah sabar. Aku sendiri tak pasti aku buat ni benda betul ke tak . Apa yang pasti , Ini Islam yang sebenar. Yang aku tak pernah kagumi. Yang aku tak pernah rasa ketenangannya . 

Aku menghela nafas berat . Al-Quran ditangan ditutup perlahan . Di letak kembali ke tempat asalnya . Aku kembali duduk disebelah Shah . 

" Shah " 

" Kau rasa keputusan aku betul ke ? " Shah mengerutkan kening nya . 

" Keputusan aku untuk berubah " aku paham ayat aku tak sampai kat Shah .

" Dalam hadis At-Tarmidzi ada sebutkan Nabi pernah berdoa ' wahai pembolak-balik hati , tetapkan hatiku dalam agama-Mu ! ' Berhati-hatilah Fath . Sungguh syaitan sedang berusaha meragukan hatimu . Jangan terlalu mengikuti hasutan syaitan yang halus itu . Dalam muka surat pertama Al-Quran ada surah Al-Fatihah . Dalam surah itu Allah dah bagitahu kepada kita hanya kepada Dia kita menyembah dan hanya kepada Dia kita memohon pertolongan . Apa lagi yang kau ragui wahai pemilik hati Fend ? "

Aku masih buntu . 

" Kau rasa pelik tak , dalam 1 hari aku kembali jalan yang benar ? Kau tak rasa pelik ke Shah ? " berkali-kali Shah menggelengkan kepala nya . Dia menarik nafas yang panjang . 

" Tak . Sebab hati manusia Allah yang pegang  "


" Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu , bahkan lebih keras lagi . Padahal di antara batu-batu itu ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh , kerana takut kepada Allah dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu lakukan (2:74)"



------------------------------

" Shah . Kau kagum tak tengok semua orang berpusu-pusu datang ke masjid . Aku kagum tengok penjual tinggalkan kedai begitu sahaja . Tak macam Malaysia . Kedai lagi penting dari solat " buku ' penyucian dosa sepanjang hayat ' diletak di atas meja . 

" Kagum . Allah lagi penting dari berjual . Bagi orang Malaysia , solat tu boleh rugikan jualan mereka . Tapi mereka tak fikir yang mereka telah rugi besar . Rugi rebut pelung nak solat awal waktu " mata Shah tidak beralih dari buku theory miliknya.

" Shah kau rasa diantara orang yang rebut peluang untuk dapat keampunan Allah , ada aku tak ? " Shah berhenti mencari barang . Dia memandang mukaku . Tepat pada mukaku .

" InsyaAllah . Bertawakal kepada Allah setelah berusaha . "

" Tapi , antara ramai-ramai entah Allah pandang aku ke tak . Seumur hidup aku mana pernah solat lima waktu . Aku belajar cara-cara solat waktu 12 tahun . Lepastu hidup tak tentu arah . hmph " kesal pula ingat masa lampau .

" Allah tu paling suka dengan orang yang sentiasa bertaubat apabila melakukan dosa . Orang beriman pun pernah melakukan dosa yang tak lakukan dosa , maksum jer . Manusia , hari-hari buat dosa . Itu sebab ada solat 5 waktu . Untuk seorang hamba kembali pada tuhan nya selepas sibuk dengan dunia . Untuk seorang hamba menghapuskan dosa-dosa dia setiap waktu . Untuk cari ketenangan . Untuk berdoa menghadapi cabaran hidup yang akan datang . Tapi berapa ramai yang berdoa selepas solat ? Berapa ramai yang solat ? Allah dah janji nak ampunkan dosa hamba dia . Janji Allah tu . " Shah bangun lalu duduk di katil ku .

" Dari sekarang , aku nak kau belajar terima takdir . Kau kena belajar rasa kehilangan "

 ha ?

" Apa juga yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan atau bala bencana , ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa . Pada masa yang sama , Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu " (Asy-Syura : 30)


-----------------------------

Badan terasa sengal . Aduh . Berlumba siapa paling banyak solat sunat . Berlumba-lumba pun kitaorang ber imam . Ustaz Darus jadi mangsa . Jumlah solat hajat 20 rakaat . Aku rakaat ke 6 dah tumbang .

Malam tadi aku merayau . Entah kenapa aku punya mood berjalan tiba-tiba datang . Sampai pukul 3 pagi aku merayau . Dah pagi bebuta aku terus je pergi Masjid . Konon nak tidur kat masjid tapi bila tengok orang tawaf , aku pun ikut sekali tawaf . Lepas solat sunat aku duduk depan Kaabah . Tenung lama-lama . Lagi 2 hari jer aku kat sini . Pantas nya masa berlalu .

Allah , thanks for everything . Satu hari duduk sini , kau dah panggil aku kembali . Satu hari duduk sini aku dapat sahabat yang tolong aku cari Engkau . Aku dilahir sempurna  . Mempunyai kekayaan . Ada kerjaya . Tetapi tidak mempunyai agama . Takdir . Macam yang Shah kata aku kena belajar menerima takdir . Allah know the best

Aku memerhati semua gerak geri jemaah .

Sungguh manusia berbagai warna , rupa dan bentuk . Tapi Allah tak pandang semua tu . Yang membeza kan kita dengan orang lain tahap iman . Tinggi ke iman kita sekarang ni ? Cukup ke iman kita nak saksi hari kiamat . Nak saksikan hari akhirat kelak .

Sepanjang dekat mekah , hari-hari aku call Adam . Tak salah nak tunjuk yang aku rindu gila-gila . Lagipun Adam tu abang aku . Memang rakan sekepala sejak kecil . Manja , keras kepala aku semua dia layan . Dia tinggal kat Riyadh . Uruskan bisness papa . Sepatutnya aku yang uruskan tapi memandang aku lebih gemar jadi juru gambar dengan penternak ladang . Jadi aku tolak .

Juru gambar hanya part time job aku . Hobi katakan . Adam pun minat bahagian tu . Walaupun dipaksa untuk uruskan syarikat papa , dia masih bergiat aktif dengan minat tu . Lagi-lagi dia selalu travel untuk kembangkan bisness . Sambil tu dia enjoy lah dengan lensa mahal dia tu . Bab kata Adam 'The secret to enjoying your job is to have a hobby that's even worse '

Paras rupa , Adam lagi segak mabye . Mana-mana dia pergi mesti pakai tuxedo  .Paling cikai pun kemeja panjang .  Aku ? T-shirt dengan cardigan je . Itu sahaja perbezaan kitaorang . Otak semua sama . Kalau bahagian agama ni , Adam lebih kurang je dengan aku . Tapi aku pelik juga time dia ajar aku solat musafir sebelum bertolak ke Mekah . Entah .

Bahuku ditepuk perlahan .

" Shah " lelaki itu tersenyum sumbing disebelah aku .

" Kau berangan ke ? Awek lalu depan kau pun tak nampak " Shah melabukan badan disebelahku .

" Awek ke awak ? Macam aku tak tahu kau nak cakap kau tu awek aku kan ? Bla lah ! Muka tak hensem . Aku bukan jenis suka jantina sejenis okay ?  " Shah yang sedang mengeledar beg nya ketawa besar .

" Aku ni hensem tahu tak ? Bila aku takda nanti baru kau sedar kenyataan yang aku ni hensem " Shah menyambung geledah beg nya .

"  Nanti sampai Malaysia , aku fikir-fikir kan tentang kehenseman kau " sejadah di tangan Shah segera aku bentang kan . Baik kan aku ?

" Nah , Ambik lah Al-Quran aku . " Shah menyerahkan sebuah Al-Quran Hitam .

" Thanks . Nanti kau nak guna Al-Quran apa ? " aku mula membelek-belek Al-Quran milik Shah .

" Dah tak guna . Amalan aku pun akan ditutup tak lama lagi . " shah mengeluh perlahan .

" Kalau kau rindu aku , kau baca lah Al-Quran aku . " aku tersenyum sumbing . Kalau macam tu , hari-hari aku akan baca Al-Quran ni . Of course aku rindu kau bila balik Malaysia nanti . sob sob 

" Hari ni stay masjid nak ? " aku memandang Shah .

" Aku on jer . Tapi kau bawak sweater tak Fath yang kuat merayau " aik ?

" Tak " kenapa kena bawak sweater pulak ? haik ?

" Nah ! Ambil ni . Malam-malam angin dia dingin. Nanti sejuk lepastu demam . Merengek macam baby pun aku tak layan  " huik ? Aku bukan bayi yang pasti .

" Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadah (An-Nisa':14) "

-------------------------------


Kelopak mata yang berat dibuka perlahan . Azan Subuh menerjah gelombang telinga aku . Pantas aku pergi mengambil wudhuk . Aku membiarkan Shah yang sedang solat . Dia tak tidur ke ? Besok dah nak bertolak ke Madinah . Selamat tinggal kota Mekah .  

Selepas mengambil wudhuk , aku pergi minum air zam-zam . Bab kata Shah ' fresh from heaven ' Agak kalau dekat syurga lagi fresh tak ? hmph . Aku kembali duduk di sebelah Shah . Pandangan mata tak henti memandang kaabah . Betul ke aku dah nak tinggalkan kau kaabah . Betul ke ? Adakah ini mimpi ngeri ? Ohh .

Shah yang sedang sujud aku pandang tepat . Air mataku mengalir . Ya Allah , aku akan berpisah dengan dia kan ? Semoga pertemuan kami membawa keberkatan mu Ya Rabb . Bahu Shah kelihatan sedikit terangkat seperti menangis . Ehh . Seperti menahan sesuatu yang sakit . Menangis itu sakit kan ? Entah . Iqamat sudah dilaungkan . Tapi Shah ....

" Shah . Dah nak mula solat ni "

masih tiada respon . Khusyuk sangat solat ke ? hais . Masalah ni . Bahu Shah aku pegang lembut .

Badan Shah rebah . Dia nampak lemah . Lemah sangat . Matanya tertutup rapat . Tangannya memegang erat gambar kami berdua di ladang unta .

Aku tak nak kawan kau Shah . Aku tak nak pandang muka kau sedikit pun . Aku tak nak . Kau dah janji nak balik Malaysia dengan aku sama-sama . Apa semua ni ?


"Apa yang ada dilangit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya . Setiap waktu Dia dalam kesibukan (Ar-Rahman :19)"
--------------------------------

Pandangan dilontar ke atas marmar kelabu . Lapangan terbang Riyadh aku pandang seketika . Pandangan kembali kepada beg sandang deuter . Pantas aku mengeluarkan Al-Quran . Baju sejuk dibadan di kemaskan . Sepatutnya aku dekat madinah sekarang ni . Tapi lepas semua perkara berubah 360 darjah , aku decide nak balik Riyadh . Jumpa Adam . Ustaz Darus menguruskan penerbangan aku ke Riyadh . 

 " Kalau kau rindu aku , kau baca lah Al-Quran aku " 

Aku akan sentiasa baca . Sentiasa baca . 

" Fadhi  " lelaki berjubah menyapa . Dia duduk disebelah aku . Kehadiran dia aku tidak mengendahkan . 

" Fadhi anak lelaki Datuk Hashim . Saya abang awak . Adam . Fadhi ... " aku hanya berdiam diri . Gambar di tangan digengam sekuat hati . Seperti mana Shah gengam hati aku untuk pergi ke jalan Allah .

" Fath . Sesuatu yang terjadi ada hikmah . Surely , kau dah dapat apa yang kau cari like me a long time ago " aku masih diam . Adam tahu Fath sakit . Sakit yang pedihnya tiada ubat. Dia pernah laluinya dulu . Sama seperti Fath . 

Siapa sangka perjalanan aku ke Mekah dapat mengembalikan aku ke jalan lurus . Siapa sangka hidup aku boleh berubah . Siapa sangka . Tapi itulah ketentuan Allah . Kun faya kun . Terjadilah sesuatu perkara jika dikehendaki oleh-Nya . 

Shah 

Mati itu pasti . Aku tahu . Kalau lari ke pelusuk dunia pun . Mati tetap akan datang . 

Itu janji Allah . Itu ketentuan Allah . Mati datang dengan pantas . Pantas sehingga manusia tidak pernah bersedia meninggalkan mahupun ditinggalkan . 

Sekelip mata . 

Aku masih terasa Shah duduk sebelah aku . Aku masih terasa Shah peluk aku time aku teringat mati . Aku masih terasa Shah kesat air mata aku . 10 hari hidup dengan Shah seperti 10 tahun . Duka , pahit , gembira semua ada . 

Hari yang kesebelas aku terluka seorang diri . Aku menangis seorang diri .  

" Dari sekarang , aku nak kau belajar terima takdir . Kau kena belajar rasa kehilangan "

Terasa bahuku diraih . Dimasuk kedalam pelukan Adam . Mata terasa makin panas . Perit . Perit yang tersangat . Pedih dadaku menahan sebak . Air mata dibiarkan mengalir . Adam menggosok bahuku perlahan . Wajahku disembamkan di bahu Adam . Terasa kekuatan ku terbang ke langit .

Orang yang tak pandai hargai seorang sahabat sahaja boleh tersenyum . Sungguh menyakitkan . Kerana sahabat itu anugerah Allah buat kita . 

" Kau nak masuk syurga ? "
" Siapa tak nak . "
"Jom ambil exam untuk masuk syurga"
" huh ? "
" Exam beribadah banyak-banyak " 
" haha . Macam susah jer " 
" Easy man . Be adamantium. Jom solat hajat  "


Rasulullah pernah bersabda :

Tiga perkara yang apabila seseorang hamba memilikinya dia akan berasa kenikmatan iman , iaitu Allah dan rasullnya dicintai lebih daripada segala-galanya . Tidaklah dia mencintai seseorang kecuali kerana Allah dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran .

Maksud : Seseorang hamba tidak merasa kelazatan iman kecuali dengan cara mencintai Allah lebih dari segala-galanya. Begitu dengan cinta Rasul . Demikian cinta sesama manusia apabila dia tulus mencintai seseorang kerana Allah maka itu termasuk kecintaan pada Allah .



- written by Liyana Izzati  a.k.a the painkiller 


Cerita tak cukup konsep macam ni lah jadinya . Dan alert bahawa aku bukan seorang penulis novel .